Sunday, November 20, 2011

Perumpamaan - Part 1

Perumpamaan ialah suatu ikatan bahasa yang dipakai untuk menjadi bandingan, teladan, dan pengajaran. Perumpamaan biasanya menggunakan perkataan seperti, bagai, umpama, dan bak.


Perumpamaan
Maksud
Bagai air di daun keladi
Nasihat yang tidak memberi kesan
Bagai air titik ke batu
Susahnya menasihati orang yang degil
Bagai badak berendam
Gemuk dan malas
Bagai belanda minta tanah
Diberi sedikit hendak banyak pula
Bagai beting dipalu ombak
Sentiasa terancam
Bagai cacing kena air panas
Tidak tenang
Bagai cendawan tumbuh
Terlalu banyak pada sesuatu masa
Bagai duri dalam daging
Hal yang selalu menyusahkan
Bagai emak beranak tunggal
Sentiasa khuatir dan waswas
Bagai galah dijual
Sudah habis hartanya
Bagai hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang sia-sia

No comments:

Post a Comment