Sunday, November 20, 2011

Perumpamaan - Part 2


Perumpamaan
Maksud
Bagai inai dengan kuku
Sangat rapat
Bagai itik mendapatkan air
Mendapat apa yang digemari
Bagai kambing diseret ke air
Buat kerana dipaksa
Bagai kucing kehilangan anak
Bingung
Bagai manik putus tali
Air mata yang bercucuran
Bagai murai dicabut ekor
Becok, banyak cakap
Bagai perigi di air jernih
Hidup senang
Bagai sepatung mandi
Sekejap sangat
Bagai tikus membaiki labu
Melakukan kerja yang tidak diketahui, akhirnya makin teruk
Bagai ular menyusur akar
Orang mulia yang merendah diri tetap mulia
Bagai wau putus teraju
Berserah pada nasib

No comments:

Post a Comment