Monday, November 21, 2011

Latihan Bahasa

Isikan tempat kosong dalam petikan karangan berikut dengan sepatah perkataan yang sesuai mengikut konteks. Kemudian,tuliskan jawapan anda dalam ruangan yang disediakan.  

    Jerung adalah spesis yang amat ditakuti oleh manusia. Hal yang demikian (1)..................... kerana sifat jerung yang ganas. Jerung (2).................... haiwan-haiwan yang besar dan manusia lalu menghancurkannya (3)....................yang singkat.
         Gigitan ikan jerung amat menakutkan. Kuasa gigitan jerung ini (4).................... memutuskan kabel logam dengan mudah. Kepala dan badannya (5).................... digerakkan ke kiri dan ke kanan dengan kuat untuk (6)....................nya mengoyak makanan yang besar dengan senang.
          Deria yang paling (7).................... pada seekor jerung ialah pendengarannya. Ikan jerung (8).................. sensitif pada bunyi yang dihasilkan oleh ikan lain yang bakal (9).................... mangsanya. Ikan jerung juga mempunyai deria (10).................... yang tajam dan dapat menghidu sesuatu di dalam air dari jarak beberapa kilometer jauhnya, terutamanya darahnya.



Jawapan Pilihan :

akan          bergerak          membaham          menjinakkan         tajam          amat

dalam         memudahkan          menyebabkan         bau          terperangkap

mampu          menjadi          mustahak          terjadi

No comments:

Post a Comment