Wednesday, November 9, 2011

KATA SERU ..........

 Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan   seseorang seperti geram, hairan, marah, takut, sakit, dan sebagainya.Contoh ayat seruan adalah seperti berikut :


Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
menyatakan perasaan sakit atau hairan
1. Aduh, sakitnya kakiku!
2. Aduh, indah sungguh kawasan ini!
cih / cis
menyatakan perasaan mengejek, tidak suka, atau marah
1. Cih, bedebah betul budak ini!
2. Cis, nyah engkau dari sini!
eh
menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1. Eh, bila kamu sampai!
2. Eh, dulu kawasan ini semak-samun.
hai
untuk menarik perhatian atau untuk menegur seseorang
1. Hai, jangan duduk di situ!
2. Hai, lama saya tidak melihat kamu!
nah
untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu
1. Nah, itu orangnya!
2. Nah, terimalah habuanku!
oh
menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa, dan sebagainya
1. Oh ibu, ampunilah dosaku!
2. Oh, kamu rupanya!
wah
menyatakan perasaan kagum
Wah, bijak sungguh budak itu!
amboi
menyatakan rasa hairan atau kagum
1. Amboi, murah betul barang-barang ini!
2. Amboi, manja budak ini!
ah
untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
1. Ah, saya tidak akan pergi!
2. Ah, saya tidak akan menurut kata-katanya itu!
wahai
untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian
1. Wahai anakku, bertaubatlah!
2. Wahai orang-orang yang beriman, kerjakanlah sembahyang!


No comments:

Post a Comment