Thursday, November 17, 2011

Kata Bilangan

Kata bilangan terbahagi kepada kata bilangan tentu, kata bilangan himpunan, kata bilangan pecahan, kata bilangan tak tentu, kata bilangan pisahan, kata bilangan tingkat.

Kata bilangan
Penggunaan
Contoh Ayat
Kata bilangan tentu
·         Digunakan untuk menyatakan bilangan yang tertentu.
Contoh : satu,sepuluh,seratus dan sebagainya
Sekolah akan ditutup selama tiga minggu.
Kata bilangan tak tentu
·         Digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu.
Contoh : beberapa,sesetengah,ramai,sebahagian dan sebagainya.
Beberapa projek akan dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kata bilangan tingkat
·         Digunakan untuk menunjukan urutan dalam suatu jumlah.
Contoh : pertama,kelima,keseratus dan sebagainya
Mei Ling mendapat tempat kedua dalam perlumbaan itu.
Kata bilangan pecahan
·         Digunakan untuk menunjukkan pecahan dalam sejumlah bilangan.
Contohnya : setengah,sepertiga,separuh,dua perlima dan sebagainya
Azah menggunakan dua pertiga daripada gajinya untuk membeli pakaian.
Kata bilangan pisahan
·         Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang berasingan.
Contoh : masing-masing,setiap,tiap-tiap dan sebagainya
Murid duduk di tempat masing-masing selepas loceng berbunyi.
Kata bilangan himpunan
·         Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang terhimpun.
Contoh : beratus-ratus,berminggu-minggu,bertahun-tahun dan sebagainya
Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga Aziz menetap di sini.

No comments:

Post a Comment