Wednesday, November 16, 2011

Kata Bantu & Kata Penguat

Kata Bantu ialah sejenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, yakni dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam.

Contoh Kata-kata Bantu :
  • telah, pernah, sudah, sedang, masih, akan, belum, hendak, mahu, harus, perlu, dapat, boleh, mesti
Contoh Ayat :
  • Awak harus menyiapkan kerja rumah ini sebelum waktu rehat.
  • Dia pernah melawat ke Kota Kinabalu dua tahun yang lepas.
  • Setelah menyelesaikan tugasan itu, Kim Seng pun pergi ke rumah kawannya.
  • Kami tidak dapat pulang ke kampung pada hujung minggu ini.
  • Mereka mesti bertolak ke alor Star pada petang ini.
Kata Penguatialah sejumlah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Kata penguat bebas boleh hadir sama ada di hadapan atau di belakang kata abjektif.

Contoh Kata-kata Penguat :
  • terlalu, sangat, paling, agak, benar, sekali, nian, amat, sungguh
Contoh Ayat :
  • Sudah agak lama dia menunggu kedatangan kamu di pejabat.
  • Harga pakaian ini paling mahal.
  • Indah nian pemandangan di Bukit Fraser.
  • Tempoh masa yang diberi untuk menyiapkan projek itu terlalu singkat.
  • Perigi itu dalam sangat.

No comments:

Post a Comment