Saturday, November 19, 2011

Kata Arah

Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah.


Jenis Kata Arah
Contoh Ayat
Atas
Bantal itu terletak di atas katil
Antara
Antara tiga buah buku cerita itu, saya memilih judul “ Harry Potter”
Sisi
Puan Lim sentiasa berada di sisi anaknya sepanjang ditemu bual.
Samping
Ai Ling berdiri di samping ayahnya ketika menonton pertunjukan itu.
Timur
Matahari terbit dari timur
Dalam
Para penonton telah masuk ke dalam dewan
Penjuru
Pengemis tua itu duduk di penjuru bangunan.
Belakang
Encik Wong membina sebuah pondok di belakang rumahnya.
Utara
Jarum kompas itu menunjukkan arah utara
Tengah
Pengadil itu berdiri di tengah padang
Luar
Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain gasing di luar rumah
Hadapan
Kereta mewah itu berhenti di hadapan sebuah gerai

No comments:

Post a Comment