Thursday, November 10, 2011

Kata adjektif

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan suatu kata nama seperti orang, benda, binatang dan tempat. Pada dasarnya, kata adjektif dapat dibahagikan kepada lapan kumpulan..


Jenis Kata Adjektif
Contoh
Contoh Ayat
Sifat atau keadaan
baik, jahat, cerdik, lemah, kasar, takut, tenang, sakit
1.    Baju kotor itu dibasuh oleh kakak.
2.    Dia murid yang paling cerdik di dalam bilik darjah.
Warna
putih, jingga, merah, kuning
Lobak itu berwarna jingga.
Ukuran
panjang, pendek, kecil, nipis, tohor, dalam, tebal
Bakul yang tebal itu milik Abu.
Bentuk
bulat, bujur, leper, lonjong
Bola ragbi berbentuk lonjong.
Pancaindera
sedap, manis, masin, masam, harum, wangi, busuk, hapak, keras, kasar ,cantik
1.    Lauk pauk yang dimasak oleh ibu sangat sedap.
2.    Rumah banglo itu sangat cantik.
Waktu
lama, baru, segera, sebentar, sekejap
Generasi baru haruslah dididik supaya berbudi  bahasa.
Cara
cepat, laju, deras, lambat
Air sungai mengalir dengan deras.
Perasaan
marah, benci, rindu, hampa, ingin, cemas, jijik, muram
Emak rindu akan kakak yang belajar di luar negara.
Ganda
besar-besar, tinggi-tinggi, kasar-kasar, kuning-kuning
Bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka.
Majmuk
merah jambu, hijau daun, kuning langsat
Gadis yang berkulit kuning langsat itu anak penghulu.


No comments:

Post a Comment