Friday, December 9, 2011

Ransangan Bergambar - 6

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan situasi yang terdapat dalam gambar.


Contoh Jawapan :

1. Encik Kasim mengadakan majlis jamuan di rumahnya.

2. Mereka menghiaskan ruang tamu supaya cantik.

3. Pelbagai jenis kuih dihidangkan untuk tetamu.

4. Ramai tetamu telah berkunjung ke rumahnya.

5. Mereka bersalam-salaman dan duduk untuk menikmati jamuan.

Ulasan - 4

Tuliskan beberapa pengajaran yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kemu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Contoh Jawapan :

               Semua pihak perlulah prihatin tentang masalah pencemaran. Jika tidak, masyarakat dan negara akan menanggung akibatnya. Pengusaha industri perlu mematuhi peraturan untuk membuang sisa toksik. Penerokaan hutan juga harus terancang agar tidak menimbulkan bencana. Selain itu, kita tidak boleh melupuskan sampah sarap secara terbuka dan tumpahan minyak perlu diurus sebaik mungkin. Dalam hubungan ini, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib perlu dititikberatkan.



Ransangan Bergambar - 5

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Contoh Jawapan : 

1. Pak Cik Hassan sedang menunggang motosikal.

2. Isterinya pula membonceng motosikal Pak Cik Hassan.

3. Mereka sedang menuju ke kebun getah..

4. Pak Cik Hassan menoreh pokok getah.

5. Isterinya pula memasukkan susu getah ke dalam baldi.

Thursday, December 8, 2011

Ulasan - 3

Tulis beberapa amalan baik yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Contoh Jawapan :

               Kasih sayang banyak mempengaruhi perlakuan seseorang. Perasaan kasih sayang yang melimpah dalam keluarga akan melahirkan individu yang periang dan aktif. Individu yang membesar tanpa kasih sayang yang secukupnya akan menjadi pasif, emosional. Oleh sebab kurang mendapat kasih sayang, adakalanya mereka akan melakukan perkara di luar batasan untuk menarik perhatian. Mereka yang bermasalah sebenarnya ingin menagih simpati daripada masyarakat sekeliling. Hampiri dan fahamilah masalah mereka supaya tindakan mereka tidak melampaui batasan. Kasih sayang yang sebenarnya menjadi pendorong semangat kepada seseorang untuk berjaya.

Ransangan Bergambar - 4

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar


Contoh Jawapan :

1. Pada waktu malam, suasana ruang tamu di rumah Encik Wong agak tenang.

2. Encik Wong membaca suratkhabar sambil berehat.

3. Isteri Encik Wong menjahit baju untuk anak-anaknya.

4. Anak-anak mereka sedang rajin mengulang kaji pelajaran.

5.Anak bongsu Encik Wong sedang bermainan permainan video.

Monday, December 5, 2011

Ulasan - 2

Tuliskan beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Contoh Jawapan :

               Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kewujuban samseng jalan raya mengundang musibah kepada kebanyakan pengguna jalan raya. Kadangkala samseng jalan raya sengaja mengadakan masalah dengan pengguna lain hanya untuk membuktikan bahawa mereka "raja" di jalan raya. Sewajarnya, perkara kecil perlu diselesaikan dengan cara yang betul dan baik. Sebagai pengguna jalan raya, kita juga perlulah berwaspada terhadap golongan samseng ini kerana mereka sentiasa seronok mencari mangsa di jalan raya. Sedarlah sebarang bentuk jenayah adalah salah di sisi undang-undang.

Ulasan - 1

Tuliskan beberapa peranan pihak berwajib yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.




Contoh Jawapan :

               Peranan badan bertanggungjawab dalam memenangi masalah kesihatan begitu penting. Kerjasama daripada setiap agensi atau jabatan yang terbabit begitu mustahak. Peranan tersebut dapat mengawal dan mencegah demam denggi daripada merebak. Penduduk setempat perlu bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal. Pihak pemaju perumahan juga mesti memastikan kawasan yang sedang dibangunkan itu tidak menjadi lokasi pembiakan aedes.

Ransangan Bergambar - 3

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar.



Contoh Jawapan :

1. Suasana di medan selera agak riuh-rendah.

2. Beberapa orang ahli Bulan Sabit Merah sedang mengutip derma.

3. Beberapa pelanggan yang berada di gerai turut menderma.

4. Sebilangan pelanggan sedang makan dan minum di gerai itu.

5. Kutipan derma itu akan disalurkan kepada mangsa Tsunami.

Sunday, December 4, 2011

Ransangan Bergambar - 2

Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.



Contoh Jawapan :

1. Kesesakan lalu lintas telah berlaku.

2. Ruang jalan raya sesak dengan kenderaan.

3. Sebuah teksi memotong kenderaan lain secara berbahaya.

4. Kebanyakan kenderaan yang bersesak di situ ialah kereta.

5. Sebuah bas turut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Ransangan bergambar - 1


Contoh Jawapan :

1. Terdapat taman permainan yang bersih dan cantik.

2. Seorang kanak-kanak sedang bermain layang-layang.

3. Terdapat pelbagai jenis permainan seperti papan gelongsor, buaian, dan jongkat-jongket.

4. Terdapat ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bersiar-siar di taman tersebut.

5. Ada pengunjung yang berjoging dan berehat di taman itu.

Kata Majmuk

Kata Majmuk
  • kata majmuk ialah kata yang dibentuk dengan merangkaikan dua atau lebih kata dasar.
  • kata majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit dan membawa makna tertentu.
                 kata dasar                    kata dasar                    kata majmuk
                  cermin            +             mata               =        cermin mata
                  botol               +             air                    =        botol air
                  papan             +             hitam               =        papan hitam


Kata Banyak Makna
  • kata banyak makna ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna.
    contoh :  Masam

                 1.  rasa yang seperti cuka 
    contoh ayat : Rasa air limau itu sangat masam.

                 2. muka yang jernih kerana marah
    contoh ayat : Muka adik masam apabila saya tidak memberinya aiskrim.

Kata Ganda

Kata ganda dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
  • Kata ganda penuh ialah penggandaan keseluruhan data dasar tanpa mengubah sebarang bentuk.
  • Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja.
  • Kata ganda berentak terhasil apabila seluruh kata dasar yang digandakan mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi.

Jenis Kata Ganda
Contoh
Kata Ganda Penuh
cantik-cantik, bulat-bulat, hebat-hebat, besar-besar, dekat-dekat
Kata Ganda Separa
jejentik, lelabah, lelangit, sesiku, pepohon, dedaun
Kata Ganda Berentak
sayur-mayur, lauk-pauk, kayu-kayan, batu-batan, hingar-bingar

Sunday, November 27, 2011

Imbuhan Awalan ......

Imbuhan Awalan

" meN-" dan " peN-"

Cara-cara penambahan imbuhan "meN-" dan "peN-" pada kata dasar.


Imbuhan
Huruf Awal Kata Dasar
Contoh
Me- / Pe-
l, r, m, n, ng, ny, w
Masak = memasak
Nyala = menyala
Mem- / Pem-
b, p, f  ( p dan f digugurkan )
Puji = memuji
Fikir = memikir
Men- / Pen-
c, d, j, t, z ( t digugurkan )
Cucuk = mencucuk
Tanam = menanam
Meng- / Peng-
a, e, i, o, u, g, h, k ( k digugurkan )
Air = mengalir
Ubah = mengubah
Kongsi = mengongsi
Meny- / Peny-
s  ( s digugurkan )
Selia = menyelia
Sokong = penyokong
Menge- / Penge-
Perkataan yang mempunyai satu suku kata sahaja
Lap = mengelap
Bom = megebom


Penggunaa dan contoh perkataan berimbuhan "meN-" dan "peN-"


Imbuhan
Penggunaan
Contoh

meN-
Menunjukkan maksud melakukan sesuatu
Mencuci, memukul
Menjadikan kata nama seperti kata kerja
Melancong, mendengar
Menunjukkan maksud seakan-akan
menggunung

peN-
Menunjukkan perbuatan sesuatu pekerjaan
Pencuri, pemburu
Menunjukkan alat atau perkakas
Penyapu, pembaris
Menunjukkan sifat seseorang
Pemalas, pemboros

Imbuhan Awalan.....

Imbuhan Awalan

"Ber-"  @  " Be-"
Penggunaan
Contoh
Menunjukkan perbuatan yang dilakukan ke atas diri sendiri

Belajar, berjanji
Menunjukkan maksud mempunyai sesuatu

Berkuku, berambut
Menunjukkan maksud memakai, menaiki atau menunggang

Berkasut, berkereta
Menunjukkan perbuatan ke atas benda yang lain

Berlubang, bertutup
Menunjukkan maksud menghasilkan atau mengeluarkan

Beranak, berbuah
Menunjukkan perbuatan yang berbalas-balas

Berjabat, bertumbuk
Menunjukkan bilangan yang berhimpun

Berdua, berempat

Tuesday, November 22, 2011

Simpulan Bahasa - Part 2


Simpulan Bahasa
Maksud
Ibu pertiwi
Tanah tumpah darah
Isi perut
Perasaan yang terfikir dalam hati
Jalan buntu
Gagal untuk mendapatkan penyelesaian
Kaki judi
Orang yang suka berjudi
Kaki lima
Lantai di depan pintu atau tepi bangunan
Panas rezeki
Sangat sukar mencari rezeki
Pasar gelap
Tempat menjual beli barang yang terlarang
Pekak badak
Tidak mendengar walaupun berbunyi kuat
Putus muafakat
Sudah mendapat persetujuan
Rapuh hati
Mudah tersinggung, lemah hati
Silap hati
Tidak ingat apa-apa kerana terlalu marah
Singkat tangan
kedekut
Usia lanjut
Sudah tua
Untung batu
Nasib yang tidak baik
Wang jajan
Wang saku





Simpulan Bahasa - Part 1

Simpulan Bahasa ialah perkataan ataukelompok kata yang tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain daripada ertinya yang lazim.


Simpulan Bahasa
Maksud
Ada bakat
Ada kebolehan dalam sesuatu bidang
Ada istiadat
Berbagai-bagai adat kebiasaan
Ambil hati
Tersinggung atau terkilan
Berat mulut
Pendiam
Bocor mulut
Suka membuka rahsia
Cangkul angin
Perbuatan yang sia-sia
Celik huruf
Tahu membaca dan menulis
Curi hati
Menawan hati
Darah daging
Anak kandung
Gulung tikar
Bubar, jatuh bankrap
Habis akal
Habis segala usaha
Harga diri
Kerhormatan diri